Tuesday, October 30, 2012

cuma kata.

aku tak kata aku mulia.
jauh sekali nak kata kalian hina.
tak.

cuma kadang2 benda yg remeh, leceh macam ni lah yg dapat orang2 nilai kita ni macam mana.

akhlak. adab. cara.

ya. aku jauh dari baik. apatah lagi sempurna.
tapi sini, sikit saja aku ketengahkan.
sungguh. cuma sikit.
cara kita berkata-kata.

berkata-kata ini pula, banyak cabangnya.
boleh jadi cuma bertegur-sapa.
mungkin juga dalam menolak pelawa.
atau cuba menegak kebenaran yg ada.

yg pentingnya, mustahil kita dapat lari dari melontar suara untuk interaksi.
sebab hari2- kau akan jumpa manusia2 yg tak mungkin kau akan cuma membatu diri.

baik,
biar aku ambil yg paling mudah.
menolak pelawa.

biasa2 kita,
orang pelawa, dan kita cuba menolaknya dengan kata-
"emm, aku tengok dulu macam mana. aku tak janji tau."
"ehh, takpe2. thank you."
"ohh, maaf, tapi saya rasa saya tak mau lah. terima kasih."

mudah. biasa.

tapi kenapa nak juga kita kata-
"buat ape aku nak pegi. bukan dapat apa2."
"hek eleh. setakat macam tu. tak payah la."

see. lebih susah. payah.
kenapa nak bentak2 suara, cebik2 muka?
lepastu nanti, kau beratkan hati kau sendiri.
dengan kata2 yg memberatkan hati orang lain.

apakata,
bila ayat tu mula terlintas di benak, diamkan dahulu, dan kemudian baru kau kata-
"takpelah, saya taknak."
ayat pendek ni mungkin jauh lebih sesuai aku rasa.

tapi,
tak tentu juga.
mungkin begitulah yg biasa pada mereka2.
dan mungkin cuma aku yg mengada-ngada terlebih kisahkan benda2 ni semua.

 and i'm sorry for that.
 


1 comment:

  1. amboi~~~
    panjang nye~~~
    lebih secara terus terang~~~
    moga2 org akan faham~~~
    :)

    ReplyDelete