Tuesday, October 30, 2012

cuma kata.

aku tak kata aku mulia.
jauh sekali nak kata kalian hina.
tak.

cuma kadang2 benda yg remeh, leceh macam ni lah yg dapat orang2 nilai kita ni macam mana.

akhlak. adab. cara.

ya. aku jauh dari baik. apatah lagi sempurna.
tapi sini, sikit saja aku ketengahkan.
sungguh. cuma sikit.
cara kita berkata-kata.

berkata-kata ini pula, banyak cabangnya.
boleh jadi cuma bertegur-sapa.
mungkin juga dalam menolak pelawa.
atau cuba menegak kebenaran yg ada.

yg pentingnya, mustahil kita dapat lari dari melontar suara untuk interaksi.
sebab hari2- kau akan jumpa manusia2 yg tak mungkin kau akan cuma membatu diri.

baik,
biar aku ambil yg paling mudah.
menolak pelawa.

biasa2 kita,
orang pelawa, dan kita cuba menolaknya dengan kata-
"emm, aku tengok dulu macam mana. aku tak janji tau."
"ehh, takpe2. thank you."
"ohh, maaf, tapi saya rasa saya tak mau lah. terima kasih."

mudah. biasa.

tapi kenapa nak juga kita kata-
"buat ape aku nak pegi. bukan dapat apa2."
"hek eleh. setakat macam tu. tak payah la."

see. lebih susah. payah.
kenapa nak bentak2 suara, cebik2 muka?
lepastu nanti, kau beratkan hati kau sendiri.
dengan kata2 yg memberatkan hati orang lain.

apakata,
bila ayat tu mula terlintas di benak, diamkan dahulu, dan kemudian baru kau kata-
"takpelah, saya taknak."
ayat pendek ni mungkin jauh lebih sesuai aku rasa.

tapi,
tak tentu juga.
mungkin begitulah yg biasa pada mereka2.
dan mungkin cuma aku yg mengada-ngada terlebih kisahkan benda2 ni semua.

 and i'm sorry for that.
 


Friday, October 5, 2012

lepas pandang.

benar,
berubah- mustahil mudah.
tapi percayalah, tak susah. insyallah.
kadang2- jalan kita dan caranya perlu kena.

ada orang, untuk hijrah diri-
perlu sesuatu ditimpa pada diri sendiri untuk dia sedar apa yg patut dia ubah.
tapi ada orang-
dengan tidak semena-mena dia boleh berubah.

percayalah, hidayah Allah datang dalam berbagai bentuk untuk mengetuk pelbagai jenis hati.

ada macam2 jenis dan cara orang yg menasihati.
tapi sebenarnya, akhlak yg baik itu lebih baik dari kata2.

Penegasan: aku tidak langsung menegah kalian untuk saling menasihati.
teruskan. malah itu amalan yg baik.
Bukankah semua orang itu berada dalam kerugian kecuali mereka yg berpesan-pesan dengan kebaikan dan kesabaran?

cumanya ingat, dalam kau berpesan, ada cara hikmahnya,
dan ada jalan baiknya.

itu yg sangat jarang ada pada kita2.
lalu sebab itulah, akhlak itu yg akan jadi lebih utama.



salah kita.

kata kita,
apa salahnya bonceng sama lain jantina-
kesini-kesana?

apa entah dosanya,
sedang antara aku dan dia-
terjentik sikit pun tidak?

kata kita,
biarlah keluar berdua.
bukan kita pegang sini-sana.

kita,
sudah dewasa.
tahu baik buruknya-
buatan kita.

lalu kita,
terus buat yg sama.
ikutkan saja budaya-
manusia keliling kita.

meski kadang hati kita tak selesa-
bila pasang2 mata lihatkan kita.

tapi kata kita,
"ah. biarlah.
bukan aku buat apa2."

nanti,
jangan kau cemuh manusia2 yg lempar tuduh-fitnah pada kau.

ya mungkin benar-
dosa fitnah itu pada mereka.

tapi, yg salahnya pada kau,
kau yg menjaja-jaja.
kau sendiri yg beri mereka jalan paling baik-
untuk jual cerita.

umpamanya,
babi itu haram. kau tahu.
tapi kau bela-kandangkan mereka.
kau beri minum-makannya.
kau kata-
"biarlah, bukan aku sentuh2 pun mereka."

lalu bila manusia2 datang mencerca,
jangan kau angin dan kata-
"kalian tahu apa?!"

sebab dari awal,
kau sendiri yg mula.



bukan kita yg punya.

hati ini,
mudah benar terasa.

tapi kemudian,
kita pujuk semula.

fikir kita,
"aku pujuk hatiku sendiri".

walhal kita lupa,
hati ini ada tuan empunya.
yg detikkan suara tenang dan setia.

suara Dia.



ada bezanya.

Manusia,
sama saja.

tapi pengakhirannya,
kita yg pilih apa jadinya kita.

hujung nanti,
itu yg beza.