Tuesday, January 29, 2013

diucap pada aku oleh aku.

ada tiga perkara.
yg diucap pada aku untuk kesekian kalinya.
tenang.
sabar.
ingat.

tenang supaya aku terus bertenang menghadap apa juga bakal aku tempuh dalam hidup.
situasi yg paling palat atau rencana yg paling kecundang.
diminta aku untuk tenang supaya tidak terlalu rasa jatuh dan mampu berfikir serasionalnya.

sabar untuk dipujuk2 hati yg lara, jiwa yg hiba.
untuk aku masih pandai bermuhasabah dan tahu akan tempat aku sebagai hamba.

dan ingat adalah terma yg terlalu sinonim dengan kita yg bergelar insan.
yg sering lupa dan alpa.
waima tentang batasan agama atau budi orang tua.
samada nikmat surga atau balasan neraka.
beringat. sentiasa.


Sunday, January 27, 2013

kepada siapa dan untuk siapa kita perbuatkan?

ada dua cerita.
mungkin kelihatan sama.
tapi hakikatnya--
jauh berbeza.

kita, masyarakat kini terlalu sering digula2kan dgn ikatan sebelum akad pernikahan.
terlalu disuap dgn bahagia untungnya dicinta sebelum sah menjadi apa2.

maka hasilnya--
bercouple sini sana.
kerana itu lebih diterima.
lebih mudah dipandang manusia.
"ohh couple--biasala."

ditangkap2 gambar2 "sweet" kemudian dipamer--
waima di alam maya atau disimpan, digantung, di-frame.
masih akan kemudian dikata--
"ohh couple--biasala."

aku tidak mengatakan yg bercouple itu perlu dipimpin tangan,
atau diusung kehulu kehilir waima si lelaki atau si perempuan.
tidak.

sebab hakikat couple--
kau cuba menahan diri.
menahan nafsu-nafsi.
dari perasaan ingin memiliki.
yg kau sedar si dia belum milik kau lagi.

atau mungkin cuma aku yg rasa?
ya. mungkin.

itu kisah pertama.
ini aku masuk kisah nombor dua.

kisah tentang siapa yg ingin terus menghalal hubungan yg dia rasa kuat.
yg dia rasa perlu untuk dihalalkan secepatnya--
waima tanpa pengetahuan manusia lainnya.

nikah kisahnya.
dan rahsia-- perencahnya.

dikasih dan dicinta--
tanpa ada apa2--
seksa namanya.
terlalu banyak batas perlu dijaga.

dan kemudian--
diakadkan nikah--
yg diidam semua wanita atas dunia--
bersama putera pujaan jiwa.

tetapi kisah yg perit--
apabila masyarakat menghukum--
atas salah yg kita sendiri reka--
terlalu taksub untuk menghalalkan cuma--
hingga dipinggir masyarakat, ibu dan bapa.

lalu kita menjadi takut.
takut berhadap cerca dunia.
takut menelan cela manusia.

hidup penuh rahsia dan batas dari manusia--
tapi tidak sama Allah.

cuma cara yg tidak kena.

dua cerita.
yg aku katakan sama.
namun hakikatnya--
jauh berbeza.

sebab dua2 ada cara salahnya.
dua2 ada rasa takutnya.
dua2 ada rahsianya.

cuma yg beza--
kepada siapa.
siapa kita takutkan.
dari siapa kita cuba rahsiakan.

maka--
fikir.
jangan cuma hukum.