Monday, March 18, 2013

cipta dunia sendiri


if and only if--
life is like text messages--
u may delete any of them as u like,
and lock which u want to remain in memory.


Friday, March 15, 2013

kuah ke nasi.

badan ini--
hasil terbentuk didik hidup aku 20 tahun dulu.

gaya, cakap, gemar, makan, pakai--
semua dek tonyoh2 dari 20 tahun dulu.

aku ini--
adalah ego ayah aku--
dan kepala angin mak aku.

ya. aku.

Tuesday, March 12, 2013

subjektif

macam mana aku nak cakapkan, ya?
yg rasa kita ni lain2.
walaupun situasi sama-- aku langsung takde hak nak cakap apa sepatutnya kau rasa.

sebab kau sendiri yg faham apa kau rasa.
patah ke, hiba ke, jatuh ke, kecewa palat apa sekalipun--
takkan sama.

dan kalaupun sama--
peratusannya berbeza.

rapuh hati aku tak sama dgn ranap hati kau.
kental jiwa aku tak sama dgn ampuh jiwa kau.
sayang melangit aku tak sama dgn kasih melaut kau.

takkan mungkin akan sama.



Monday, March 11, 2013

perempuan.


bila kata dah-- sebenarnya lagi yg dia pinta.
bila dimohon cukuplah-- teruskan, kata hatinya.

bila kau ditolak2, diminta kau pergi--
temankanlah dia.
bila dia tunduk tak mahu tunjuk--
tenungkan sebalik matanya.

saat dia nekad mau pergi--
sebenarnya--
pujuk kau yg dia cari.


sebab tu kau akan terus jumpa dia , samada nyata atau maya, walaupun dia cukup patah dgn kau. sbb dia perempuan. marah terlalu marah, sedih terlalu sedih, ingin terlalu ingin, dan masih syg walau like hell.

Sunday, March 10, 2013

patah.


aku bersumpah aku tak reti memarah tanpa air mata aku.
sebelum semasa atau selepas-- salah satu.

like hell.


Friday, March 8, 2013

adat.


kahwin saja--
mak bapak 'kan suka--
bermurah tak apa--
tuhan suka.

well kak fynn, nice said here. :)

Wednesday, March 6, 2013

si muda osteoblast.


banyak nama pelik--
atau patut aku kata unik--
dalam alamat emel kita2.
especially remaja (atau budak2 mungkin?)

senang aku bagikan contoh--
osteoblast.

ya. itu nama dalam alamat emel aku.
yg tak semua tahu apekebendenye tu.

tak kisah la pelik or unik--
yg penting--
ada sebab aku pilih.

aku kenal osteoblast waktu di matrikulasi.
subjek biology.
kami waktu tu didedahkan dengan segala spesifik sel yg ada dalam tubuh manusia--
bergabung--
membentuk tisu seterusnya organ2--
yg akhirnya menjadikan kita. manusia.

dan osteoblast adalah sejenis sel yg wujud, lahir, terbentuk, dibahagian tengah tulang.
baru. muda. segar.
si muda ini dikelilingi osteocyte yg lebih tua.
lebih matang. lebih lama.

osteoblast yg baru, muda, segar itu--
merembes enzyme--
bertanggungjawab atas pembentukan tulang (dek sifat tulang itu yg dinamik)--
memberi dan terus membagi.

lalu tanpa aku sedar--
aku menerawang.

betapa sanggupnya dia.
kenapa sesungguh itu biar diri diperguna?
semua beban yg bukan mudah-- dipertanggungjawabkan di bahu dia.
dia baru.
dia muda.
dia terlalu anak2 utk dibagi beban sebegitu rupa.
kenapa semuanya hendak ditonyoh-paksa atas dia?

ada osteocyte.
sel matang.
sudah nama pun matang-- kenapa tak dibagi saja pada dia?

kemudian--
aku sedih sendiri.

diam.
tunduk.
dan menerawang lebih jauh.
(sebab tu kebanyakan masa aku seakan blur. dimana sebenarnya aku analisis apa saja yg kau kata dalam dunia aku sendiri)

lalu aku tekad.
aku akan ingat dia.
betapa dia berjasa.
macammana dgn dia yg terlalu muda-- boleh punya beban yg bukan selayaknya untuk dia.

dan akhirnya terlahir idea yg aku sengaja abadikan.
sengaja aku guna biar sering diingat tentang dia dan pengorbanan.

benda kecil, kan?
tapi terpanah sampai lubuk aku yg paling dalam.

:)

ok. anything to ask-- find me here--
osteoblast@ymail.com


Sunday, March 3, 2013

penat, ya?

kempunan rehat dari aku.
ingin cuba sembunyi ibu.
hendak lari dari aku.

tak perlu payah.
jangan bersusah.

biar aku.
ya.
biar aku yg angkat kaki.

kalau itu yg kau mau-- aku mampu bagi.


tamak

dia mintak masa.
cuma sikit.

tapi..
kenapa punya payah aku nak bagi?