Saturday, December 29, 2012

mohon tenang.

berita kematian.
tentang arwah yg aku rasa dekat walau xkenal.
boleh jadi sebab tempat.
boleh jadi sebab identiti.

arwah lemas di kolam renang. UTM.
yg boleh jadi kami pernah kongsi rasa air yg sama.
entah ludah aku dia telan.
atau ludah dia aku telan.

5 meter. kaku dalam tu.
aku cuba bayang apa dia rasa.
takut? gelabah? risau? meronta?
semua yg menyumbang kepada proses lemas yg lebih cepat.

allah..
ya, aku tahu.
aku tahu itu cuma satu asbab untuk tuhan ambil nyawa dia.
aku tahu itu waktu dia untuk kembali ke sebaik2 tempat.
aku tahu.
palat macam mana pun kita rasa atas sebab2 nya; tu hak dia.
bukan kita.

kerana manusia akan sentiasa mencari2 sebab dan akibat.
cari itu salah siapa ini salah siapa; sampai dapat.
padahal berlakunya benda tu sebab telah diingin begitu.
perancangnya lebih tahu.

jadi untuk kita;
cuba usaha.
jangan cuba untuk menempah sebab yg sama.

cukup nasihat aku;
apapun yg berlaku,
waima tinggal sedikit mana pun nafas kau dalam tu,
krem macam mana pun kau waktu tu,
tolong. tenang.
lebih banyak pergerakan dan kerisauan;
lebih banyak oksigen dipakai.
dan lebih cepat tangki paru2 kita dipenuhi air.

ya.
aku meremang.
aku bayangkan seperinci mungkin yg akan aku rasa waktu air payau tu mencanak2 masuk kerongkong kita.
aku bayangkan setepat mungkin rasa waktu kaki kau krem dalam air dan kau sorang2 tanpa ada siapa2.
sebab aku pernah rasa.

alhamdulillah waktu hampir lemas, aku gagahkan diri tolak badan ke tepi; yg masa tu aku belum tahu berenang lagi.
syukur kaki krem sewaktu aku berlatih berenang, aku mampu berenang mengguna tangan dan sebelah lagi kaki yg masih berfungsi.
paling penting; pada tuhan; masih dibagi aku bernafas sampai harini.
masih.

jadi betapa cukup aku tekankan tenang dalam renangan.
betapa minda kosong dan fokus perlu ada di setiap kuakkan.
tenanglah. apapun.



Wednesday, December 26, 2012

paling manis. paling selalu ada.

terimakasih.
sebab selalu cuba ada.
sebab selalu ajar aku banyak benda.

kau gigih dan kata;
biar kita simpan tak apa.
asal hati orang kita jaga.

aku degil. cuba tunjuk keras.
apa peduli hati mereka.
padahal tak ada mereka kisah hati kita.

sebenarnya aku taksuka.
aku taksuka tengok kau simpan semua benda.
kau jenakakan benda yg kau terasa.
kau sakit.
aku taksuka. aku benci.

aku nak jadi kuat dan kata-
hoi! bacul gila mulut!
nak caci-cari orang lain.
bukan dia.

gila.
kalau saja aku berani macamtu.
jangan salahfaham.
aku bukan tak berani dengan si bacul kaki caci tu.
tapi dengan dia-
yg aku tahu dia akan taksuka untuk aku balas herdik yg dia terima.

shit.
betapa dia fikir hati manusia.
ah. dia sakit. aku tak suka.

walaupun hakikatnya memang selalu aku sendiri jadi punca sakitnya hati dia.
gilanya dia.
tapi kemudian dia bangun balik dan tetap cinta orang yg sama.

terimakasih.
sebab selalu tak lelah-cuba come out with the best explanation dengan aku.
kau terang pelan2.
satupersatu.
palat macammana pun kau waktu tu.
kau pilih untuk bagi aku terbaik yg kau tahu.

terimakasih.
untuk sampai harini,
kau masih cari aku lagi.
cuba telan kerenah aku.
cuba tahan gila untuk aku.

bulan 12. 2012.
cukup dua tahun.
penuh gila.
penuh tawa.
disulam tangis.

kadang suka gembira.
kadang terpuruk sedih.

selamat ulangtahun usia perkenalan,
oc.

Saturday, December 22, 2012

tidak cuma minta dan ganti.

budi dan bagi.
aku baca.
budi adalah rezeki pada mereka yang tidak perlu.
tolong adalah kurnia pada mereka yang mengkehendak sesuatu.
otak aku ligat kaitkan dengan keliling aku.
dengan benda2 jadi depan mata aku.

jadi aku nak clarify something.
antara budi dan bagi;
mana pun yg kita dapat,
kita tetap owe mereka something.
hutang budi-kau bawa mati.
kau kenang. sebab mereka-bagi kita jalan keluar.
sebab mereka-mampu. saat kita tidak.

umpama;
kau patahkaki.
kudrat kau hilang.
aku bagikan kau makan.
kau mungkin boleh bayar aku.
tapi, takkan terganti dgn khidmat aku.
kesanggupan aku.
faham x?

tu cuma contoh.

mungkin juga kau minta perkara biasa.
kirimkan barang contohnya.
kau boleh bayar kembali harga barangannya.
tapi budi dia?
khidmat?
sanggup dia?

tak.
takboleh dibayar.

tapi ada satu boleh kau buat.
terimakasih.
ucapkan terus dengan muka paling manis.
betapa tolong yg ditabur atas kau itu kau hargai.
kau tau kau xmampu beli.

ok?
sebab benda ni bukan cuma minta-dan ganti.
lebih. lebih jauh lagi.

aku bukan minta dikenang2 apa yg aku bagi;
cuma benda yg kita kata cuma simple. sikit. tak terkesankan.
mungkin paling payah utk mereka buat.
paling sakit.
korban masa contohnya.
kudrat umpamanya.
kalau kita rasa malas-apa kita tidak fikir mereka juga mungkin rasa benda sama?

bukan takat minta, kemudian kau ganti.
bukan semua. taksemua macamtu.



Friday, December 21, 2012

game?


ya, ya.
aku tau. aku pun macamtu.
dihantar2 games requests yg satu pun aku taktahu main dia macammane.
ya, mungkin aku tau gamenye apa tapi macam tu jelah--
"oo, macamtu." then aku blah.

in fact,
aku sendiri bukan gamers.
setakat sudoku,
unblock me,
pernah jugak aku main.
itu pun sebab bosan dan ada dalam phone. either phone aku atau kawan2.

kalau tembak2,
lawan2,
racing,
ohhh sori.

bukan aku tak try.
macam tembak2-- CS contohnye.
(untuk yg dungu games macam aku, CS stand for Counter Strike)

bila aku dah sedia nak main-- in team and ready for mission,
dalam kawasan gudang contohnya,
aku jalan-- patah balik.
aku jenguk-- tengok line-- sembunyi balik.
aku tak tembak langsung-- sebab nanti musuh tau aku kat mana.

gila.
penakut nak mati.
padahal cuma game.

ahhh. mampus lah.
aku memang takut. so?
bukan sikit2 aku cuba.
tapi mesti jadi benda sama.

lawan2 tu, aku try, aku cepat bosan.
yelah. kau sepak, tumbuk, lompat, smackdown.
ulang jelah benda sama.

kadang2 aku defend je yg banyak.
untung2-- dapat jugak buat kuasa keluar api tu.
then menang, tu jelah kau dapat.
buat lagi step sama-- sampai last dapat pingat.

racing pulak tak bosan and tak la takut.
tak takut-- sebab kau memang takkan mati.
takde darah keluar2.
takde rasa berdebar nyawa tinggal 1 bar.
takde terkejut kena tembak tiba2.

tak bosan-- sbb aku selalu menyasor.
langgar kiri kanan jalan.
naik rumput, langgar tiang, hentam divider.

tapi masalahnya-- aku lebih tertarik dengan keretanya.
alah. perempuan. mesti nak cantik2 semuanya.
pilih 350z. bikin je dah berjam.
tapi race nanti-- still jugak cam haram.

but still,
aku takde masalah dgn korang2 gamers.
cuma masalah aku bila--
korang ajak aku main sama.
paling mudah-- fb contohnya.
tetris battle dgn city ville.
dua tu jelah yg selalu ditayang2 dekat noti aku.
aku harap korang faham, sejujur hati aku, aku takde nafsu pun aku untuk games tu.

aku pernah je bagitau secara berleluasa supaya tidak dihantar2 request pada aku. dan bukan sekali dua.
tapi tulah.
kadang games apps tu yang "tolong" hantarkan requests tu semua.

jadi apakata--
kalau boleh korang yg memang perlu main games tu--
baca dulu each warning/notes/seumpamanya, kalau ada ditanya nak dihantar2 request to friends, mohon ditidakkan. don't simply click "Get Apps".
kalau bolehla. kalau tak boleh takpe.

dan disebabkan fb ni kegunaan bersama--
kita yg tak mahu ni pun kene ada usaha juga.
tak adillah cuma mintak2 manusia2 lain jangan itu jangan ini, tanpa kita ada cuba apa2.

kita mungkin boleh try edit notifications setting and untick all Apps Notification tu. ade rahsia hari jadi la, pekerjaan sesuai la, games, tapi aku tak nampak pulak tetris dgn cityville.
tapi boleh jadi jugak dah include dalam "games" tu.

aku taktahu jadi ke tak,
tapi mungkin boleh try?

Friday, December 14, 2012

bodoh.

hell macam mana pun korang untuk rase diperhati atau disedari kewujudannye,
tolong jangan sampai kelihatan bodoh.

ya.
aku taip dengan rasa marah yg keji.

things happened when i were in cinema watching Rise of The Guardians yg serius sangat best dengan beberapa manusia yg pangkat cuma adik2; duduk di seat belakang.

aku bayar tiket; untuk aku dalami cerita, hayati watak dan perasaan yg ditonjolkan dalam tu.
and cuba bayang kalau satu watak mati; i mean watak yg baik, tapi kau bodoh2kan perasaan yg sepatutnya lahir mengalir dalam hati kau; yakni sedih.

bodoh2kan maksud aku;
kau sedih. tapi kau paculkan dimulut- "wuuu, sedihnye, HAHA"

serius.
kalau kau nak membodoh2kan cerita, ketawa, carry on.
tapi bukan dengan perasaan.
benda yg kau pun rasa, dan yg SEPATUTNYA semua orang rasa tapi kau hell kan dengan bodoh2 kau tu.

tapi kalau betul kau nak buat macamtu, tolong buat pada diri sendiri; CAKAP DALAM HATI.
sebab AKU ada kat situ.
kalau bukan sebab aku pun, berpuluh lagi orang keliling kau, kiri kanan kau.
mohon jangan dibodoh2kan.

macam yg aku cakap kat atas tadi,
hell macam mana pun korang untuk rase diperhati atau disedari kewujudannye,
tolong jangan sampai kelihatan bodoh.

aku taktahu ape motif untuk kau cakap secara kuat di dalam panggung, melainkan untuk disedari, diketahui, dan diakui yg KAU disitu.

contoh; "hey, it's cool man!" (sambil peluk tubuh, geletarkan badan)
damn, kan?
sumpah kelakar.

kau nak cakap yg kau sejuk, tapi kau tau tak cool itu awesome?
HAHAHAHAHA!

kesian.
jadi; disebabkan mereka itu adik2;
ini nasihat aku.

hell macam mana pun korang untuk rase diperhati atau disedari kewujudannye,
tolong jangan sampai kelihatan bodoh.

and the most important is,
aku boleh salahkan kau sebab membantutkan feel cerite yg sepatutnya aku rasa.


again, aku menaip dengan perasaan marah yg keji.


Tuesday, December 11, 2012

silalah. aku cabar.

memang tak siapa mahu hidupnya sedih sahaja.
bermuram durja semata-mata.
tiada siapa mahu.

tapi aku.
entah kenapa,
lagu sedih; aku suka.
cerita sedih; pun aku suka.
ingatan2 pun aku recall yg sedih2 saja.
yg aku bayang2kan; cuma sedih dalam kepala.

gila.

ingat tak penat asyik bersedih sepanjang masa?

jadi, cuma satu.
mohon kau kuat untuk duduk dalam dunia sedih aku.
untuk tengok sedih2 aku.
untuk tatap sedu2 aku.

tapi,
kalau mampu kau buat aku tertawa gembira bahagia sampai bila2,
sila.
aku cabar.

:)



Wednesday, November 14, 2012

berangan nak rap.

setiap cerita punya titik noktah akhirnya,
tapi itu sebenarnya permulaan untuk cerita yg kedua.
selagi bumi bergerak, pantas atas paksinya,
saat masih ada yg sujud sembah Yang Esa.

ada manusia tetap saling bertikam lidah,
cukup baik kalau tak keluar hina caci atau meludah.

cerita tetap berkisar, dan terus bercerita.
dibalik tatapan mata penuh cerita duka,
kau aku ada satu, dua, tiga, empat atau lima.
muka mungkin lopong, hati tak kubiar serong.
nanti kan tahu antara denai atau lorong,
bakal menjamin kala kau diusung dalam papan kosong..


*kalian pun boleh try. rap mcm malique buat dalam lagu teman pengganti. ahahah. goodluck!



let it there.

kadang2,
benda yg telah kita tinggalkan kat belakang-
perlu tetap dibiar di situ.
instead of reverse-and dig it back.

yeah.
i said dig.
because once u left,
u have buried it there.
tanam. tersimpan.

biarlah macam tu.
mungkin lebih baik begitu.



Tuesday, October 30, 2012

cuma kata.

aku tak kata aku mulia.
jauh sekali nak kata kalian hina.
tak.

cuma kadang2 benda yg remeh, leceh macam ni lah yg dapat orang2 nilai kita ni macam mana.

akhlak. adab. cara.

ya. aku jauh dari baik. apatah lagi sempurna.
tapi sini, sikit saja aku ketengahkan.
sungguh. cuma sikit.
cara kita berkata-kata.

berkata-kata ini pula, banyak cabangnya.
boleh jadi cuma bertegur-sapa.
mungkin juga dalam menolak pelawa.
atau cuba menegak kebenaran yg ada.

yg pentingnya, mustahil kita dapat lari dari melontar suara untuk interaksi.
sebab hari2- kau akan jumpa manusia2 yg tak mungkin kau akan cuma membatu diri.

baik,
biar aku ambil yg paling mudah.
menolak pelawa.

biasa2 kita,
orang pelawa, dan kita cuba menolaknya dengan kata-
"emm, aku tengok dulu macam mana. aku tak janji tau."
"ehh, takpe2. thank you."
"ohh, maaf, tapi saya rasa saya tak mau lah. terima kasih."

mudah. biasa.

tapi kenapa nak juga kita kata-
"buat ape aku nak pegi. bukan dapat apa2."
"hek eleh. setakat macam tu. tak payah la."

see. lebih susah. payah.
kenapa nak bentak2 suara, cebik2 muka?
lepastu nanti, kau beratkan hati kau sendiri.
dengan kata2 yg memberatkan hati orang lain.

apakata,
bila ayat tu mula terlintas di benak, diamkan dahulu, dan kemudian baru kau kata-
"takpelah, saya taknak."
ayat pendek ni mungkin jauh lebih sesuai aku rasa.

tapi,
tak tentu juga.
mungkin begitulah yg biasa pada mereka2.
dan mungkin cuma aku yg mengada-ngada terlebih kisahkan benda2 ni semua.

 and i'm sorry for that.
 


Friday, October 5, 2012

lepas pandang.

benar,
berubah- mustahil mudah.
tapi percayalah, tak susah. insyallah.
kadang2- jalan kita dan caranya perlu kena.

ada orang, untuk hijrah diri-
perlu sesuatu ditimpa pada diri sendiri untuk dia sedar apa yg patut dia ubah.
tapi ada orang-
dengan tidak semena-mena dia boleh berubah.

percayalah, hidayah Allah datang dalam berbagai bentuk untuk mengetuk pelbagai jenis hati.

ada macam2 jenis dan cara orang yg menasihati.
tapi sebenarnya, akhlak yg baik itu lebih baik dari kata2.

Penegasan: aku tidak langsung menegah kalian untuk saling menasihati.
teruskan. malah itu amalan yg baik.
Bukankah semua orang itu berada dalam kerugian kecuali mereka yg berpesan-pesan dengan kebaikan dan kesabaran?

cumanya ingat, dalam kau berpesan, ada cara hikmahnya,
dan ada jalan baiknya.

itu yg sangat jarang ada pada kita2.
lalu sebab itulah, akhlak itu yg akan jadi lebih utama.



salah kita.

kata kita,
apa salahnya bonceng sama lain jantina-
kesini-kesana?

apa entah dosanya,
sedang antara aku dan dia-
terjentik sikit pun tidak?

kata kita,
biarlah keluar berdua.
bukan kita pegang sini-sana.

kita,
sudah dewasa.
tahu baik buruknya-
buatan kita.

lalu kita,
terus buat yg sama.
ikutkan saja budaya-
manusia keliling kita.

meski kadang hati kita tak selesa-
bila pasang2 mata lihatkan kita.

tapi kata kita,
"ah. biarlah.
bukan aku buat apa2."

nanti,
jangan kau cemuh manusia2 yg lempar tuduh-fitnah pada kau.

ya mungkin benar-
dosa fitnah itu pada mereka.

tapi, yg salahnya pada kau,
kau yg menjaja-jaja.
kau sendiri yg beri mereka jalan paling baik-
untuk jual cerita.

umpamanya,
babi itu haram. kau tahu.
tapi kau bela-kandangkan mereka.
kau beri minum-makannya.
kau kata-
"biarlah, bukan aku sentuh2 pun mereka."

lalu bila manusia2 datang mencerca,
jangan kau angin dan kata-
"kalian tahu apa?!"

sebab dari awal,
kau sendiri yg mula.



bukan kita yg punya.

hati ini,
mudah benar terasa.

tapi kemudian,
kita pujuk semula.

fikir kita,
"aku pujuk hatiku sendiri".

walhal kita lupa,
hati ini ada tuan empunya.
yg detikkan suara tenang dan setia.

suara Dia.



ada bezanya.

Manusia,
sama saja.

tapi pengakhirannya,
kita yg pilih apa jadinya kita.

hujung nanti,
itu yg beza.



Thursday, June 14, 2012

hakikat.


tunggu sampai apa untuk aku betul2 melangkah seluruhnya, semata-mata kerana Dia?

sebab hakikat si pendosa --
perlu lebih amal, perlu lebih kerja.

aku geram. sama diri sendiri.



Friday, June 1, 2012

nah! padan muka.

sikit punye robek.
sikit punye sakit.
dua2 hati pun sama.
sama parah dia.

padan muka.