Sunday, February 24, 2013

hormat.


siapa fikir plagiat itu remeh saja?
mari, aku sekehkan kepala.

kalau dapat kau rasa betapa kau curah seluruh jiwa kemudian diambil sewenangnya,
perah setiap sendi utk dibagi tatap percuma pada kalian yg cuma tahu menayang-jaja,
kalau saja kau mampu rasa..

haih..

kalaupun tak ada harga,
tapi tak terharga. ada rasa. punya makna.

hormatkan mereka.


Friday, February 22, 2013

tidurlah-- dan maafkan.


si berjambang--
sang hidung mancung--
pemunya tangan seksi--
pemuja gadis ini--

selamat tidur.
semoga kita kecap apa kita rencana.
semoga dipermudah bahagia kita.
moga mudah kita harung dugaan dia.

sebelum lupa--
maafkan saya sang penarik jiwa.

kerana membeban awak sebegini rupa.
atas apa yg awak tanggung dan rasa.

maaf.
saya tahu perlu saya menjaga tuturkata dan tatacara.
tetapi mohon awak tahu, si perentap hati.
bahawa itu tidak mudah.
macammana awak, begitu juga saya.

namun--
apapun juga--
saya akan usaha.
itu janji saya.


salam kasih penuh cinta--
saya.



Wednesday, February 20, 2013

haru.

sekali lagi aku muak.

ya.
media sosial.

macammana aku nak mulakan pun aku hilang tuju.
sebab terlalu haru.
bercampur.

baik. macam ni.
bila aku nak tag kawan aku yg seorang ini untuk dibagi info tentang apa sesuatu pun--
aku fikir hampir sejuta kali.

melainkan aku fikir ada lebihnya jika diperasan org2 lain yg turut sama dapat lihat info itu (jika berguna dan diniatkan untuk dipersembah pada mereka, sedia aku untuk dijawab soalan2 yg ditanya, ditanggung segala komplikasi dan lebih fikir manusia yg kurang faham tentang apa yg aku kongsi)

last2-- aku private message dia.
bebas aku berbual-kongsi-apa-saja.

aku cuma rasa-- kita terlalu bebas bersuara.

macam aku nak katakan yg cina ni skeptik-- aku tag kan satu info pada satu kawan aku ni.
tapi dua ribu kawan aku yg lain--
dan dua ribu kawan dia--
semua baca.

tapi media sosial. hidup kau, hak kau.
nak tayang-jaja atau selit sembunyi pun-- hak kau.
macam mana manusia beribu tu nilai kau pun-- hidup kau.
aku?
macam ni jugak.
haru.

mereka bermasalah sbb tak sensitif--
atau aku yg jauh fikir?

ah. harunya aku.



Monday, February 18, 2013

facebook.

aku bukan public figure.
aku bukan attention's seeker.

aku boleh hidup tanpa fb aku.
and don't mention tweeter.
i don't even have it.

fb ni--
bagi aku--
banyak sangat nak dijaga.
dan serabut bagi aku.

aku ada hampir dua ribu friends.
aku post something--
fikir hati dua ribu tu nak dijaga.
aku tegur someone--
fikir yg lain2 yg masih namanya kawan.

nak diletak gambar terpampang muka--
risau orang jampi serapah.
nak didelete gambar aku di tag--
risau si tukang upload terasa.

nak di'on' chat aku?
mungkin sepuluh kali aku fikir.
tak menang tangan nak layan.
tak dilayan kang--
terasa.
"kenape dia ni tak membalas aku tanyakan khabar? dilihat chat-- hijau."
maka aku playing safe-- off kan.

any important things-- private message aku.
aku bebas balas bila2 aku rasa perlu, aku rasa mampu.

sungguh.
banyak benda.
terlalu banyak nak dijaga.
jadi-- aku malas.

lagi satu-- fb ni bukan laju sangat. lambat.
banyak sangat news feed-- jadi loading.
cerite mahal murah-- nak tapis pun susah.

tapi dua benda jangan dipisah dari aku.
skype aku.
blog aku.

lebih rajin aku dgn skype dari on akaun fb aku.
lagi gemar aku luah geram hiba dekat blog aku.
biar takde yg tahu.
yg penting cukup aku.



tamak.

kenapa lebih rela aku di manja2?
lebih suka ditatang-jaga?
cukup gemar dipuji-puja?

sedangkan--
itu nanti yg akan buat aku terjatuh seksa bila tiada siapa2.

makanya--
dibiar susah,
dicampak payah,
tak sering mudah,
itu sebenarnya gula.

tapi itulah.
nama pun manusia.
nafsunya--
ah. kau pun tahu.
dibagikan betis-- dimintanya peha.
tak terpuaskan.
kau bagi dan bagi-- lagi lebih hendaknya nanti.

tamak.



susah.

susahnya menangis tanpa suara.
deraian air dari mata je yg tumpahkan rasa.

nak cuba?



mampus.

masalah bila jadi perempuan paling kuat di mata manusia--
kau tak boleh jatuh.

paling tidak pun-- kau tak akan disangka untuk jatuh.
kau cuma boleh kenal mampu, instead of mampus.


Sunday, February 10, 2013

aku kau-- sama.

banyak kali--
mentaliti yg pisahkan kita.
kau jaga ego kau, aku dgn degil aku.

nanti--
herdik tempik, dah tak berlapik.
semua jadi satu.
marah, mengungkit, jadi benda wajib.

maka selagi mampu--
aku kemam.

tapi kau dan aku perlu tahu.
sabar kita sama2 nipis.
secebis.
sangat sedikit.


Saturday, February 2, 2013

applicable kah untuk si muda?

"Ke Arah Ibu Bapa Cemerlang"

ini antara bengkel yg acap kali diadakan untuk para peserta yg kesemuanya ibu dan bapa.

aku sebenarnya terfikir--
apa mungkin bengkel sebegini diadakan untuk kita2 si remaja yg meningkat dewasa?
yg masih belum kenal erti rumah tangga.
apa mungkin?

alangkah bagus jika boleh.

aku fikir ini antara jalan untuk pasangan yg bercinta untuk sedar akan hakikat rumahtangga sebenar.
memahami tugas ibubapa yg sebenar.
dan yg paling penting supaya membuka mata mereka bahawa penikahan adalah satu langkah yg besar ke alam yg memerlukan diri ini dipateri dengan ilmu yg cukup.
mematangkan diri dalam menaiki bahtera dimana kita adalah pengemudinya.

bukan cuma menyatukan dua jiwa yg suka sama suka.
bukan setakat menghalalkan apa sepatutnya.
bukan cuma akad dan terima nikahnya.

bukan.

tapi itu yg sering digula2 kan oleh kita.
benar memang manis apabila menyempurna separuh dari agama.
tapi ingatkah kita yg kita sebenarnya membina ummah?
mampukah kita melahirkan khalifah di muka bumi dengan keadaan kita begini?
tanya. tanya hati tu sendiri.

maka aku fikir memotivasikan ibu bapa adalah satu proses yg panjang.
kita perlu mendidik bakal2 ibu dan bakal2 bapa.
kerana untuk mengubah perangai dan pemikiran bukan sehari dua. bukan sebulan dua.

jadi marilah remaja.
fikirkan generasi yg akan datang.
fikirkan mereka2 yg akan terhasil dek perangai kita.