Monday, August 26, 2013

ulang lagi dan lagi

kata #fynnjamal,
perempuan ini perangainya sungguh degil dan terlalu tamakkan perhatian kekasihnya; selalu xsedar untung, dan hanya tahu menyesal bila terlajak rajuknya.
maafkan kami sebab jadi wanita2 begini. terima kasih sebab terus sabar dan terima. sungguh, x sempurna ini perlukan kesabaran maha tinggi.

Friday, May 3, 2013

...

...
tanda taubat diterima..
hati telah tawar melakukan dosa..
...
Allah..
Allah..
Allah.. 

Monday, April 8, 2013

again, berangan, then kecewa.

kita bersama--
penuh pahala--
harung semua dugaan dunia.

makan tidur berjaga--
tetap sama2--
dalam masa manis kita--
dibawah barakah Dia.

rasa sentiasa selamat walau hidup kelat--
sebab kita tau rasa berkat.


terlalu naif jiwa aku, kan?
sebab cuma nampak indah selepasnya.
tapi kenapa kita tak yakin pada janji Dia?

ahh, hidup.
mudah saja sebenarnya.
manusia yg suka menyusah2.

kemudian aku kecewa dikeliling manusia2 begini.
manusia2 yg kisah dgn cakap2 org.
yg sanggup hidup atas kata org.
yg rela dinilai manusia2 tukang hukum.

tak best langsung, tahu?



Thursday, April 4, 2013

tangguh

aku penuh perasaan untuk aku luah dalam ni sekarang.
tapi sayang--
masa kurang.

nanti2lah.
aku carikan satu masa, aku karangkan yg aku rasa--
dan cuba terjemah dalam bahasa.

sebab dua tiga minggu ni--
waktu yg aku punya--
macam kentut sikit.

aku rasa lapang nanti--
aku janji--
aku curah yg aku rasa sekarang ni.

sampai bertemu lagi--
rybe.


Monday, April 1, 2013

benda bukan hidup yg mcm aku.


laptop aku lembab. selalu hang. bak kata oc: "mcm RAM dia cuma 1gb." lately semakin parah. nak on je makan masa dekat sejam. tp depends. pd cuaca, pd siapa, pd mood dia. aku tak cepat nak hentam dia. aku tak laju nak hempuk dia. sebab aku tau aku mcm dia.

memilih bila2 utk aku buat sesuatu.
"time ni aku nk cepat-- biarlah."
"kau sapa-- sukahati klik sana sini."
"ahh aku nak lambat masa ni."
maka hasilnya walaupun selalu dia susah, liat, lambat nak hidup-- ada masa yg dia tiba2 buat aku terkejut dgn kelajuan dia.

selalu panas.
ya aku selalu panas.
selalu membara.
tak kisah apapun aku cuba buat, bara tu tetap ada.
sama macam dia.
baru on cuma tengok file, skype, atau word-- terus panas.
dah ade backup fan pun masih panas.
*nak backup aircond agaknya*

aku hebat. *perasan*
tapi yelah perempuan, selalu ikutkan hati dia aja. perasaan. bg dia, hati tu segalanya.
sama macam laptop aku.
hebat, semua ada. tapi cara nak ngolah kan dia, nak kena dgn caranya-- haish susahnya..
bila tak kena cara, habis melayang semua hebat dia-- yg aku hadap adalah paling teruk dari dia.

=) dia memang terlalu reflect aku.


Monday, March 18, 2013

cipta dunia sendiri


if and only if--
life is like text messages--
u may delete any of them as u like,
and lock which u want to remain in memory.


Friday, March 15, 2013

kuah ke nasi.

badan ini--
hasil terbentuk didik hidup aku 20 tahun dulu.

gaya, cakap, gemar, makan, pakai--
semua dek tonyoh2 dari 20 tahun dulu.

aku ini--
adalah ego ayah aku--
dan kepala angin mak aku.

ya. aku.

Tuesday, March 12, 2013

subjektif

macam mana aku nak cakapkan, ya?
yg rasa kita ni lain2.
walaupun situasi sama-- aku langsung takde hak nak cakap apa sepatutnya kau rasa.

sebab kau sendiri yg faham apa kau rasa.
patah ke, hiba ke, jatuh ke, kecewa palat apa sekalipun--
takkan sama.

dan kalaupun sama--
peratusannya berbeza.

rapuh hati aku tak sama dgn ranap hati kau.
kental jiwa aku tak sama dgn ampuh jiwa kau.
sayang melangit aku tak sama dgn kasih melaut kau.

takkan mungkin akan sama.



Monday, March 11, 2013

perempuan.


bila kata dah-- sebenarnya lagi yg dia pinta.
bila dimohon cukuplah-- teruskan, kata hatinya.

bila kau ditolak2, diminta kau pergi--
temankanlah dia.
bila dia tunduk tak mahu tunjuk--
tenungkan sebalik matanya.

saat dia nekad mau pergi--
sebenarnya--
pujuk kau yg dia cari.


sebab tu kau akan terus jumpa dia , samada nyata atau maya, walaupun dia cukup patah dgn kau. sbb dia perempuan. marah terlalu marah, sedih terlalu sedih, ingin terlalu ingin, dan masih syg walau like hell.

Sunday, March 10, 2013

patah.


aku bersumpah aku tak reti memarah tanpa air mata aku.
sebelum semasa atau selepas-- salah satu.

like hell.


Friday, March 8, 2013

adat.


kahwin saja--
mak bapak 'kan suka--
bermurah tak apa--
tuhan suka.

well kak fynn, nice said here. :)

Wednesday, March 6, 2013

si muda osteoblast.


banyak nama pelik--
atau patut aku kata unik--
dalam alamat emel kita2.
especially remaja (atau budak2 mungkin?)

senang aku bagikan contoh--
osteoblast.

ya. itu nama dalam alamat emel aku.
yg tak semua tahu apekebendenye tu.

tak kisah la pelik or unik--
yg penting--
ada sebab aku pilih.

aku kenal osteoblast waktu di matrikulasi.
subjek biology.
kami waktu tu didedahkan dengan segala spesifik sel yg ada dalam tubuh manusia--
bergabung--
membentuk tisu seterusnya organ2--
yg akhirnya menjadikan kita. manusia.

dan osteoblast adalah sejenis sel yg wujud, lahir, terbentuk, dibahagian tengah tulang.
baru. muda. segar.
si muda ini dikelilingi osteocyte yg lebih tua.
lebih matang. lebih lama.

osteoblast yg baru, muda, segar itu--
merembes enzyme--
bertanggungjawab atas pembentukan tulang (dek sifat tulang itu yg dinamik)--
memberi dan terus membagi.

lalu tanpa aku sedar--
aku menerawang.

betapa sanggupnya dia.
kenapa sesungguh itu biar diri diperguna?
semua beban yg bukan mudah-- dipertanggungjawabkan di bahu dia.
dia baru.
dia muda.
dia terlalu anak2 utk dibagi beban sebegitu rupa.
kenapa semuanya hendak ditonyoh-paksa atas dia?

ada osteocyte.
sel matang.
sudah nama pun matang-- kenapa tak dibagi saja pada dia?

kemudian--
aku sedih sendiri.

diam.
tunduk.
dan menerawang lebih jauh.
(sebab tu kebanyakan masa aku seakan blur. dimana sebenarnya aku analisis apa saja yg kau kata dalam dunia aku sendiri)

lalu aku tekad.
aku akan ingat dia.
betapa dia berjasa.
macammana dgn dia yg terlalu muda-- boleh punya beban yg bukan selayaknya untuk dia.

dan akhirnya terlahir idea yg aku sengaja abadikan.
sengaja aku guna biar sering diingat tentang dia dan pengorbanan.

benda kecil, kan?
tapi terpanah sampai lubuk aku yg paling dalam.

:)

ok. anything to ask-- find me here--
osteoblast@ymail.com


Sunday, March 3, 2013

penat, ya?

kempunan rehat dari aku.
ingin cuba sembunyi ibu.
hendak lari dari aku.

tak perlu payah.
jangan bersusah.

biar aku.
ya.
biar aku yg angkat kaki.

kalau itu yg kau mau-- aku mampu bagi.


tamak

dia mintak masa.
cuma sikit.

tapi..
kenapa punya payah aku nak bagi?



Sunday, February 24, 2013

hormat.


siapa fikir plagiat itu remeh saja?
mari, aku sekehkan kepala.

kalau dapat kau rasa betapa kau curah seluruh jiwa kemudian diambil sewenangnya,
perah setiap sendi utk dibagi tatap percuma pada kalian yg cuma tahu menayang-jaja,
kalau saja kau mampu rasa..

haih..

kalaupun tak ada harga,
tapi tak terharga. ada rasa. punya makna.

hormatkan mereka.


Friday, February 22, 2013

tidurlah-- dan maafkan.


si berjambang--
sang hidung mancung--
pemunya tangan seksi--
pemuja gadis ini--

selamat tidur.
semoga kita kecap apa kita rencana.
semoga dipermudah bahagia kita.
moga mudah kita harung dugaan dia.

sebelum lupa--
maafkan saya sang penarik jiwa.

kerana membeban awak sebegini rupa.
atas apa yg awak tanggung dan rasa.

maaf.
saya tahu perlu saya menjaga tuturkata dan tatacara.
tetapi mohon awak tahu, si perentap hati.
bahawa itu tidak mudah.
macammana awak, begitu juga saya.

namun--
apapun juga--
saya akan usaha.
itu janji saya.


salam kasih penuh cinta--
saya.



Wednesday, February 20, 2013

haru.

sekali lagi aku muak.

ya.
media sosial.

macammana aku nak mulakan pun aku hilang tuju.
sebab terlalu haru.
bercampur.

baik. macam ni.
bila aku nak tag kawan aku yg seorang ini untuk dibagi info tentang apa sesuatu pun--
aku fikir hampir sejuta kali.

melainkan aku fikir ada lebihnya jika diperasan org2 lain yg turut sama dapat lihat info itu (jika berguna dan diniatkan untuk dipersembah pada mereka, sedia aku untuk dijawab soalan2 yg ditanya, ditanggung segala komplikasi dan lebih fikir manusia yg kurang faham tentang apa yg aku kongsi)

last2-- aku private message dia.
bebas aku berbual-kongsi-apa-saja.

aku cuma rasa-- kita terlalu bebas bersuara.

macam aku nak katakan yg cina ni skeptik-- aku tag kan satu info pada satu kawan aku ni.
tapi dua ribu kawan aku yg lain--
dan dua ribu kawan dia--
semua baca.

tapi media sosial. hidup kau, hak kau.
nak tayang-jaja atau selit sembunyi pun-- hak kau.
macam mana manusia beribu tu nilai kau pun-- hidup kau.
aku?
macam ni jugak.
haru.

mereka bermasalah sbb tak sensitif--
atau aku yg jauh fikir?

ah. harunya aku.



Monday, February 18, 2013

facebook.

aku bukan public figure.
aku bukan attention's seeker.

aku boleh hidup tanpa fb aku.
and don't mention tweeter.
i don't even have it.

fb ni--
bagi aku--
banyak sangat nak dijaga.
dan serabut bagi aku.

aku ada hampir dua ribu friends.
aku post something--
fikir hati dua ribu tu nak dijaga.
aku tegur someone--
fikir yg lain2 yg masih namanya kawan.

nak diletak gambar terpampang muka--
risau orang jampi serapah.
nak didelete gambar aku di tag--
risau si tukang upload terasa.

nak di'on' chat aku?
mungkin sepuluh kali aku fikir.
tak menang tangan nak layan.
tak dilayan kang--
terasa.
"kenape dia ni tak membalas aku tanyakan khabar? dilihat chat-- hijau."
maka aku playing safe-- off kan.

any important things-- private message aku.
aku bebas balas bila2 aku rasa perlu, aku rasa mampu.

sungguh.
banyak benda.
terlalu banyak nak dijaga.
jadi-- aku malas.

lagi satu-- fb ni bukan laju sangat. lambat.
banyak sangat news feed-- jadi loading.
cerite mahal murah-- nak tapis pun susah.

tapi dua benda jangan dipisah dari aku.
skype aku.
blog aku.

lebih rajin aku dgn skype dari on akaun fb aku.
lagi gemar aku luah geram hiba dekat blog aku.
biar takde yg tahu.
yg penting cukup aku.



tamak.

kenapa lebih rela aku di manja2?
lebih suka ditatang-jaga?
cukup gemar dipuji-puja?

sedangkan--
itu nanti yg akan buat aku terjatuh seksa bila tiada siapa2.

makanya--
dibiar susah,
dicampak payah,
tak sering mudah,
itu sebenarnya gula.

tapi itulah.
nama pun manusia.
nafsunya--
ah. kau pun tahu.
dibagikan betis-- dimintanya peha.
tak terpuaskan.
kau bagi dan bagi-- lagi lebih hendaknya nanti.

tamak.



susah.

susahnya menangis tanpa suara.
deraian air dari mata je yg tumpahkan rasa.

nak cuba?



mampus.

masalah bila jadi perempuan paling kuat di mata manusia--
kau tak boleh jatuh.

paling tidak pun-- kau tak akan disangka untuk jatuh.
kau cuma boleh kenal mampu, instead of mampus.


Sunday, February 10, 2013

aku kau-- sama.

banyak kali--
mentaliti yg pisahkan kita.
kau jaga ego kau, aku dgn degil aku.

nanti--
herdik tempik, dah tak berlapik.
semua jadi satu.
marah, mengungkit, jadi benda wajib.

maka selagi mampu--
aku kemam.

tapi kau dan aku perlu tahu.
sabar kita sama2 nipis.
secebis.
sangat sedikit.


Saturday, February 2, 2013

applicable kah untuk si muda?

"Ke Arah Ibu Bapa Cemerlang"

ini antara bengkel yg acap kali diadakan untuk para peserta yg kesemuanya ibu dan bapa.

aku sebenarnya terfikir--
apa mungkin bengkel sebegini diadakan untuk kita2 si remaja yg meningkat dewasa?
yg masih belum kenal erti rumah tangga.
apa mungkin?

alangkah bagus jika boleh.

aku fikir ini antara jalan untuk pasangan yg bercinta untuk sedar akan hakikat rumahtangga sebenar.
memahami tugas ibubapa yg sebenar.
dan yg paling penting supaya membuka mata mereka bahawa penikahan adalah satu langkah yg besar ke alam yg memerlukan diri ini dipateri dengan ilmu yg cukup.
mematangkan diri dalam menaiki bahtera dimana kita adalah pengemudinya.

bukan cuma menyatukan dua jiwa yg suka sama suka.
bukan setakat menghalalkan apa sepatutnya.
bukan cuma akad dan terima nikahnya.

bukan.

tapi itu yg sering digula2 kan oleh kita.
benar memang manis apabila menyempurna separuh dari agama.
tapi ingatkah kita yg kita sebenarnya membina ummah?
mampukah kita melahirkan khalifah di muka bumi dengan keadaan kita begini?
tanya. tanya hati tu sendiri.

maka aku fikir memotivasikan ibu bapa adalah satu proses yg panjang.
kita perlu mendidik bakal2 ibu dan bakal2 bapa.
kerana untuk mengubah perangai dan pemikiran bukan sehari dua. bukan sebulan dua.

jadi marilah remaja.
fikirkan generasi yg akan datang.
fikirkan mereka2 yg akan terhasil dek perangai kita.



Tuesday, January 29, 2013

diucap pada aku oleh aku.

ada tiga perkara.
yg diucap pada aku untuk kesekian kalinya.
tenang.
sabar.
ingat.

tenang supaya aku terus bertenang menghadap apa juga bakal aku tempuh dalam hidup.
situasi yg paling palat atau rencana yg paling kecundang.
diminta aku untuk tenang supaya tidak terlalu rasa jatuh dan mampu berfikir serasionalnya.

sabar untuk dipujuk2 hati yg lara, jiwa yg hiba.
untuk aku masih pandai bermuhasabah dan tahu akan tempat aku sebagai hamba.

dan ingat adalah terma yg terlalu sinonim dengan kita yg bergelar insan.
yg sering lupa dan alpa.
waima tentang batasan agama atau budi orang tua.
samada nikmat surga atau balasan neraka.
beringat. sentiasa.


Sunday, January 27, 2013

kepada siapa dan untuk siapa kita perbuatkan?

ada dua cerita.
mungkin kelihatan sama.
tapi hakikatnya--
jauh berbeza.

kita, masyarakat kini terlalu sering digula2kan dgn ikatan sebelum akad pernikahan.
terlalu disuap dgn bahagia untungnya dicinta sebelum sah menjadi apa2.

maka hasilnya--
bercouple sini sana.
kerana itu lebih diterima.
lebih mudah dipandang manusia.
"ohh couple--biasala."

ditangkap2 gambar2 "sweet" kemudian dipamer--
waima di alam maya atau disimpan, digantung, di-frame.
masih akan kemudian dikata--
"ohh couple--biasala."

aku tidak mengatakan yg bercouple itu perlu dipimpin tangan,
atau diusung kehulu kehilir waima si lelaki atau si perempuan.
tidak.

sebab hakikat couple--
kau cuba menahan diri.
menahan nafsu-nafsi.
dari perasaan ingin memiliki.
yg kau sedar si dia belum milik kau lagi.

atau mungkin cuma aku yg rasa?
ya. mungkin.

itu kisah pertama.
ini aku masuk kisah nombor dua.

kisah tentang siapa yg ingin terus menghalal hubungan yg dia rasa kuat.
yg dia rasa perlu untuk dihalalkan secepatnya--
waima tanpa pengetahuan manusia lainnya.

nikah kisahnya.
dan rahsia-- perencahnya.

dikasih dan dicinta--
tanpa ada apa2--
seksa namanya.
terlalu banyak batas perlu dijaga.

dan kemudian--
diakadkan nikah--
yg diidam semua wanita atas dunia--
bersama putera pujaan jiwa.

tetapi kisah yg perit--
apabila masyarakat menghukum--
atas salah yg kita sendiri reka--
terlalu taksub untuk menghalalkan cuma--
hingga dipinggir masyarakat, ibu dan bapa.

lalu kita menjadi takut.
takut berhadap cerca dunia.
takut menelan cela manusia.

hidup penuh rahsia dan batas dari manusia--
tapi tidak sama Allah.

cuma cara yg tidak kena.

dua cerita.
yg aku katakan sama.
namun hakikatnya--
jauh berbeza.

sebab dua2 ada cara salahnya.
dua2 ada rasa takutnya.
dua2 ada rahsianya.

cuma yg beza--
kepada siapa.
siapa kita takutkan.
dari siapa kita cuba rahsiakan.

maka--
fikir.
jangan cuma hukum.