Saturday, February 2, 2013

applicable kah untuk si muda?

"Ke Arah Ibu Bapa Cemerlang"

ini antara bengkel yg acap kali diadakan untuk para peserta yg kesemuanya ibu dan bapa.

aku sebenarnya terfikir--
apa mungkin bengkel sebegini diadakan untuk kita2 si remaja yg meningkat dewasa?
yg masih belum kenal erti rumah tangga.
apa mungkin?

alangkah bagus jika boleh.

aku fikir ini antara jalan untuk pasangan yg bercinta untuk sedar akan hakikat rumahtangga sebenar.
memahami tugas ibubapa yg sebenar.
dan yg paling penting supaya membuka mata mereka bahawa penikahan adalah satu langkah yg besar ke alam yg memerlukan diri ini dipateri dengan ilmu yg cukup.
mematangkan diri dalam menaiki bahtera dimana kita adalah pengemudinya.

bukan cuma menyatukan dua jiwa yg suka sama suka.
bukan setakat menghalalkan apa sepatutnya.
bukan cuma akad dan terima nikahnya.

bukan.

tapi itu yg sering digula2 kan oleh kita.
benar memang manis apabila menyempurna separuh dari agama.
tapi ingatkah kita yg kita sebenarnya membina ummah?
mampukah kita melahirkan khalifah di muka bumi dengan keadaan kita begini?
tanya. tanya hati tu sendiri.

maka aku fikir memotivasikan ibu bapa adalah satu proses yg panjang.
kita perlu mendidik bakal2 ibu dan bakal2 bapa.
kerana untuk mengubah perangai dan pemikiran bukan sehari dua. bukan sebulan dua.

jadi marilah remaja.
fikirkan generasi yg akan datang.
fikirkan mereka2 yg akan terhasil dek perangai kita.



No comments:

Post a Comment