Friday, December 21, 2012

game?


ya, ya.
aku tau. aku pun macamtu.
dihantar2 games requests yg satu pun aku taktahu main dia macammane.
ya, mungkin aku tau gamenye apa tapi macam tu jelah--
"oo, macamtu." then aku blah.

in fact,
aku sendiri bukan gamers.
setakat sudoku,
unblock me,
pernah jugak aku main.
itu pun sebab bosan dan ada dalam phone. either phone aku atau kawan2.

kalau tembak2,
lawan2,
racing,
ohhh sori.

bukan aku tak try.
macam tembak2-- CS contohnye.
(untuk yg dungu games macam aku, CS stand for Counter Strike)

bila aku dah sedia nak main-- in team and ready for mission,
dalam kawasan gudang contohnya,
aku jalan-- patah balik.
aku jenguk-- tengok line-- sembunyi balik.
aku tak tembak langsung-- sebab nanti musuh tau aku kat mana.

gila.
penakut nak mati.
padahal cuma game.

ahhh. mampus lah.
aku memang takut. so?
bukan sikit2 aku cuba.
tapi mesti jadi benda sama.

lawan2 tu, aku try, aku cepat bosan.
yelah. kau sepak, tumbuk, lompat, smackdown.
ulang jelah benda sama.

kadang2 aku defend je yg banyak.
untung2-- dapat jugak buat kuasa keluar api tu.
then menang, tu jelah kau dapat.
buat lagi step sama-- sampai last dapat pingat.

racing pulak tak bosan and tak la takut.
tak takut-- sebab kau memang takkan mati.
takde darah keluar2.
takde rasa berdebar nyawa tinggal 1 bar.
takde terkejut kena tembak tiba2.

tak bosan-- sbb aku selalu menyasor.
langgar kiri kanan jalan.
naik rumput, langgar tiang, hentam divider.

tapi masalahnya-- aku lebih tertarik dengan keretanya.
alah. perempuan. mesti nak cantik2 semuanya.
pilih 350z. bikin je dah berjam.
tapi race nanti-- still jugak cam haram.

but still,
aku takde masalah dgn korang2 gamers.
cuma masalah aku bila--
korang ajak aku main sama.
paling mudah-- fb contohnya.
tetris battle dgn city ville.
dua tu jelah yg selalu ditayang2 dekat noti aku.
aku harap korang faham, sejujur hati aku, aku takde nafsu pun aku untuk games tu.

aku pernah je bagitau secara berleluasa supaya tidak dihantar2 request pada aku. dan bukan sekali dua.
tapi tulah.
kadang games apps tu yang "tolong" hantarkan requests tu semua.

jadi apakata--
kalau boleh korang yg memang perlu main games tu--
baca dulu each warning/notes/seumpamanya, kalau ada ditanya nak dihantar2 request to friends, mohon ditidakkan. don't simply click "Get Apps".
kalau bolehla. kalau tak boleh takpe.

dan disebabkan fb ni kegunaan bersama--
kita yg tak mahu ni pun kene ada usaha juga.
tak adillah cuma mintak2 manusia2 lain jangan itu jangan ini, tanpa kita ada cuba apa2.

kita mungkin boleh try edit notifications setting and untick all Apps Notification tu. ade rahsia hari jadi la, pekerjaan sesuai la, games, tapi aku tak nampak pulak tetris dgn cityville.
tapi boleh jadi jugak dah include dalam "games" tu.

aku taktahu jadi ke tak,
tapi mungkin boleh try?

No comments:

Post a Comment