Saturday, December 29, 2012

mohon tenang.

berita kematian.
tentang arwah yg aku rasa dekat walau xkenal.
boleh jadi sebab tempat.
boleh jadi sebab identiti.

arwah lemas di kolam renang. UTM.
yg boleh jadi kami pernah kongsi rasa air yg sama.
entah ludah aku dia telan.
atau ludah dia aku telan.

5 meter. kaku dalam tu.
aku cuba bayang apa dia rasa.
takut? gelabah? risau? meronta?
semua yg menyumbang kepada proses lemas yg lebih cepat.

allah..
ya, aku tahu.
aku tahu itu cuma satu asbab untuk tuhan ambil nyawa dia.
aku tahu itu waktu dia untuk kembali ke sebaik2 tempat.
aku tahu.
palat macam mana pun kita rasa atas sebab2 nya; tu hak dia.
bukan kita.

kerana manusia akan sentiasa mencari2 sebab dan akibat.
cari itu salah siapa ini salah siapa; sampai dapat.
padahal berlakunya benda tu sebab telah diingin begitu.
perancangnya lebih tahu.

jadi untuk kita;
cuba usaha.
jangan cuba untuk menempah sebab yg sama.

cukup nasihat aku;
apapun yg berlaku,
waima tinggal sedikit mana pun nafas kau dalam tu,
krem macam mana pun kau waktu tu,
tolong. tenang.
lebih banyak pergerakan dan kerisauan;
lebih banyak oksigen dipakai.
dan lebih cepat tangki paru2 kita dipenuhi air.

ya.
aku meremang.
aku bayangkan seperinci mungkin yg akan aku rasa waktu air payau tu mencanak2 masuk kerongkong kita.
aku bayangkan setepat mungkin rasa waktu kaki kau krem dalam air dan kau sorang2 tanpa ada siapa2.
sebab aku pernah rasa.

alhamdulillah waktu hampir lemas, aku gagahkan diri tolak badan ke tepi; yg masa tu aku belum tahu berenang lagi.
syukur kaki krem sewaktu aku berlatih berenang, aku mampu berenang mengguna tangan dan sebelah lagi kaki yg masih berfungsi.
paling penting; pada tuhan; masih dibagi aku bernafas sampai harini.
masih.

jadi betapa cukup aku tekankan tenang dalam renangan.
betapa minda kosong dan fokus perlu ada di setiap kuakkan.
tenanglah. apapun.



No comments:

Post a Comment